Kematian Park Won-soon

Park didakwa pada 8 Julai 2020, atas tuduhan gangguan seksual.[7] Pada keesokan harinya, beliau dilaporkan mengambil cuti sakit.[8] Beliau kali terakhir dilihat sekitar tengah hari pada hari itu.[9]

Pada 9 Julai 2020, anak perempuan Park melaporkan kehilanganya di Daerah Seongbuk, Seoul, memberi amaran kepada pihak berkuasa pada pukul 17:17 KST.[10][11] Telefon bimbitnya dilaporkan dimatikan dan anak perempuannya menemui nota yang digambarkan sebagai "seperti wasiat."[12] Pihak berkuasa mula menggunakan anjing pengesan dan dron untuk pencarian di Daerah Seongbuk.[13] Sekitar tengah malam, mayatnya ditemui berhampiran Sukjeongmun di Gunung Bugak di utara Seoul.[14][15][16] Tanpa kesan mencurigakan yang ditemui di tempat kejadian, secara amnya ia telah dilaporkan bahawa kematian itu dianggap sebagai bunuh diri.[17][18]

Keluarga Park menerima sebuah pengebumian negara, diadakan di Dewan Bandaraya Seoul dan disiarkan dalam talian pada 13 Julai 2020. Kira-kira 992,000 orang telah memberi penghormatan kepada Park di laman berkabung yang dikendalikan oleh pihak bandaraya di dalam talian. Walaupun terdapat kontroversi mengenai tuduhan gangguan seksual, pengebumian itu dibayar oleh pihak bandaraya dengan menggunakan dana awam.[18]

Rujukan

WikiPedia: Park Won-soon http://www.astroawani.com/berita-dunia/datuk-banda... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2020/07/... http://blogs.voanews.com/breaking-news/2011/10/26/... http://news.kmib.co.kr/article/view.asp?arcid=0014... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p401358801 http://isni.org/isni/0000000027785857 https://www.rmaward.asia/awardees/park-won-soon/ https://www.rmaward.asia/rmtli/park-won-soon-the-p... https://www.abc.net.au/news/2020-07-13/controversy... https://www.facebook.com/hope2gether